AZMIZI AZMI SAH BERGELAR REKRUT TERBAHARU MNY FC

Pemain pertahanan tengah, Azmizi Azmi sah bergelar rekrut baharu MNY FC selepas beliau menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan bagi menghadapi kempen Liga M3 2021.

Berusia 35 tahun, Azmizi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Tibo’ nyata berpengalaman luas dalam kancah liga bola sepak tanah air apabila pemain kelahiran Perlis itu pernah menyarung jersi pasukan Perlis, Kedah, Perak, PKNS FC, PDRM dan Felda United sebelum ini.

Kehadirannya dilihat mampu menambah kekuatan di jentera pertahanan MNY FC berbekalkan pengalaman luas dimiliki sekali gus diharapkan mampu membentuk gandingan mantap bersama pemain sedia ada.

Mengulas mengenai kehadirannya menyertai MNY FC, Azmizi melihat perkembangan terbaharu ini sebagai peluang terbaik buatnya untuk membantu pasukan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan kerana memberikan peluang buat saya untuk menyertai dan menaikkan (membantu) lagi pasukan ini.’’

“Ini merupakan satu pengalaman baharu buat saya beraksi dalam saingan Liga M3. Ia adalah satu cabaran buat saya bagi memberikan yang terbaik,’’ tambah Azmizi lagi.

1 Comment

  • Posted May 29, 2021 2:21 pm 0Likes
    by farah wahida bt azmi

    Alhamdulillah abg sya dapat jugak team..tahniah abgku🥰

Leave a comment