Afiq Azmi, Fazrul Hazli Ikut Jejak Langkah Hafiz Kamal Sertai MNY FC

Selesai sesi pemilihan pemain MNY FC bagi menghadapi saingan Liga M3 2021 menyaksikan beberapa nama besar dalam kancah bola sepak tanah air berjaya memikat panel penilaian dalam menyenarai pendek senarai 27 orang pemain.

Antara pemain terpilih ialah bekas pemain kebangsaan, Mohd Afiq Azmi dan Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri disamping Mohd Hafiz Kamal yang sebelum ini telah disahkan bakal menjadi nadi kekuatan pasukan bagi menghadapi kempen Liga M3 buat pertama kali.

Aksi Fazrul Hazli sewaktu sesi pemilihan February lalu.

Seperti diketahui, Afiq yang beraksi di posisi penyerang pernah mengecap nikmat selaku pemenang Piala Malaysia ketika bersama Kelantan (2012) dan Selangor (2015) manakala nama Fazrul Hazli meningkat naik ketika beliau menjadi antara tonggak jentera serangan Perak pada musim 2016.

Pengalaman luas dimiliki kedua-dua pemain tersebut bersama-sama Hafiz Kamal amat ditagih buat pasukan dalam menjelmakan sumbangan berkesan sekali gus dapat membimbing pemain-pemain muda.

Khairu Amri dipilih untuk menjadi benteng terakhir MNYFC.

Di jentera penjaga gol pula, MNY FC akan dibarisi bekas penjaga gol Liga Super Perak, Khairul Amri Salehuddin yang sememangnya memiliki pengalaman luas dalam mengawal benteng terakhir pasukan.

Senarai penuh barisan pemain yang terpilih akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

1 Comment

  • Posted March 12, 2021 8:25 am 0Likes
    by athir perak

    Macam mana nk join?

Leave a comment

MNYFC established on 30th September 2017 aims to establish a new type of football management financial aid module, and to ensure the stability and sustainability of the football club.
MNYFC established on 30th September 2017 aims to establish a new type of football management financial aid module, and to ensure the stability and sustainability of the football club.